26 February 2014

Misi 4S di Pulau Mabul

Peta Taman Laut Tun Sakaran
Selepas menjejakkan kaki di Taman Laut Tun Abdul Rahman sebanyak 2 kali, kini giliran Taman Laut Tun Sakaran menjadi pilihan. Bermula dari Bohey Dulang sampai ke Pulau Mabul. 


Misi 4S - Sun, Sea, Sand & Sensational - di Mabul selesai. Tapi ada juga yg tanya kenapa tak 5S? Maklumlah sekarang ni pejabat kerajaan tak kira lah jabatan atau kementerian mesti melaknasakan sistem 5S. Sistem 5S telah lama dipraktikkan dan terkenal di Jepun. 


Hmmm bleh jer nak jadikan 5S. 
So apa yg S satu lg? Hahahaha senang jer. Saving. Sun Sea Sand Sensation & Saving. Lengkaplah 5S. 
Tapi aku lebih suka S - Saving tu digantikan dengan Sad/Sadness. Sedih? Kenapa? Travel pun sedih ker? Hmmmm yup. Dalam gembira ada sedihnya. 


1. Sedihnya melihat keadaan Pulau Mabul yg pasti dulunya cantik, kini disebahagiannya dipenuhi sampah sarap. Walaupun airnya masih jernih, namun kejernihan masih tak dapat mengaburi mata dengan kekotoran yg dilakukan oleh penghuni pulau. Dari sisa makanan, bungkusan makanan sehinggalah najis manusia. 

Rakusnya manusia mengeksploitasi keindahan ciptaan tuhan. 

Rakusnya manusia seolah-olah tiada satu sistem pun yg boleh diguna pakai. 

Rakusnya manusia sehinggakan pulau Mabul seolah-olah akan tenggelam esok hari. 

2. Sedihnya melihat pasukan keselamatan yang berkhidmat mengawal dan menjaga keselamatan negara. Berkubu di tepian pulau sambil memerhati gerak geri pelancong dan penduduk kampung serta bot- bot yang keluar masuk. Sesekali tersenyuman melihat telatah kanak-kanak Bajau Laut ataupun pelancong-pelancong kecil bermain-main digigi air seterusnya melenyapkan bengisan seorang perajurit. 



Post di Pulau Mantabuan
Dari riak wajah mereka, aku yakin dan pasti, tersimpan rasa rindu yang amat sangat pada keluarga, sanak saudara dan rakan2. Kebanyakkan mereka yang ditugaskan disini dari semenanjung. 

Ketika aku menumpang solat didalam kem, mereka menyambut dengan senang sekali, walaupun perasaan aku agak takut. Maklumlah kem pasukan keselamatan ditambah lagi dengan kejadian tembak-menembak, culik dan Peristiwa Lahad Datu. Aku mengerti betapa beratnya tugas dan tanggungjawab mereka. Aku hanya mampu berdoa agar mereka sentiasa tabah dan ikhlas dalam menjalankan tugas. Allah peliharakanlah mereka. 



3. Sedihnya melihat masyarakat Bajau Laut. Boleh dikatakan setiap kali aku terpandang Bajau Laut, mataku bergenang. Betul. 

Wanita Bajau Laut mendayung sampan ke setiap resort untuk menjual hasil laut.


Sedih yang sangat melihat keadaan mereka. Dari segi ekonomi, segi kehidupan, segi pendidikan, segi maruah dan segi rohaniah. Semuanya jauh terkebelakang, mundur dan Nomad. 



Diana


Diana. Budak Bajau pertama yang minta aku duit. Aku pun sedar dari raut wajahnya, dia malu untuk meminta-minta. Boleh bayangkan wajah kita apabila tiba-tiba terpaksa meminta sedekah. Macam tu lah bayangannya. Tapi itulah cara untuk mungkin menampung kehidupan seharian atau mungkin paksaan dari keluarga. 

Sambil berdiri diatas sampan kecilnya dan aku duduk di dek resort aku, aku pun bagi RM1 dan 2 bungkus Mamee sebagai intro. Tapi sebelum tu aku interview dia lah dulu. Banyak gak yang aku tanya. Diana fasih berbahasa Malaysia menjawab dengan tenang diselang seli dengan "minta duit bang, 5 ringgit mahu beli makanan". Apa yg Diana jawab? Hmmm. Umur dia, dia sendiri pun tak tahu, sekolah? Hmmm, klu ada duit pun belum tentu dia pergi sekolah, dia kata org bajau laut tak bleh pergi sekolah, klu pergi sekolah nanti cikgu marah. Ayah dah mati kena tembak katanya. Rumah dalam bot beratapkan canvas. Adik beradik aku lupa lak nak tanya. Tp masa aku "dating" dgn dia ni, dia bawa sorang adiknya. Adiknya duduk dihujung sampan memerhati skill kakaknya meraih simpati. Dan sesekali aku memandang adiknya, setiap kali juga lah dia menghulur tangan meminta. Agama? Dia cuma mengeling kepala. Aku tak pasti samada tak tahu atau tiada agama. Sedih. 

Sedih kerana apa? 

Bukankah mereka juga manusia. Mereka bukan binatang. Tapi diperlakukan dan terpaksa melakukan seperti mereka ini binatang. 

Sedih kerana apa? 

Mereka juga lahir di tanah dan kedaulatan Malaysia, masih dalam rumpun melayu dan sosio budaya nusantara. Selain fasih berbahasa Malaysia. Terbukti bila aku tanya, nama siapa? 
"Nama aku Diana. Ini adik aku. Nama kau siapa?" Aku balas "nama aku Man". 
Yang peliknya ada yang dapat kerakyatan disebabkan atok nenek moyang dia tinggal kat malaya lama dan automatik jadi warganegara Malaysia, tapi bila cakap soal bahasa. Hampeh. "Allo lu nama sapa? Nama wa Diana. Ini adik wa. Lu sapa nama?" Wa tatak buleh crita manyak maaa. Wa takut looo. 
So siapa yang lebih untung. Memang mereka tiada membawa kesan positif pada negara. Tapi dah diperlakukan seperti binatang memang lah tak nampak positifnya. Cuba beri anak2 mereka pendidikan. Takkan lah dalam seribu, seorang tak bleh berjaya. 



Kanak-kanak Bajau Laut
Aku melihat adalah amat penting pendidikan agama bagi anak-anak bajau laut ini. 
Pendidikan lain tak penting, kerana untuk hidup, mereka boleh hidup walaupun daif. Tapi kalau tiada pendidikan agawa / dakwah, mereka pasti hanyut. Allah berikan mereka hidayah Mu. 
Aku hanya mampu berdoa buat mereka agar beroleh hidayah.

4. Sedihnya. Setiap pertemuan ada perpisahan. Sedihnya apabila berpisah dengan Pulau Mabul. Berpisah dengan keindahan, kejernihan, kemeriahan dan ketenangan Pulau Mabul. Melihat terbitnya matahari, Pukauan terbenamnya matahari, indahnya shooting star dalam dingin malam hari, silau kilauan laut yang terbentang membiru, keramahan staff crew resort, keenakkan & kesegaran makanan dari laut. Betullah apa yang diceritakan orang, Pulau Mabul mempunyai tarikan yang istiwewa membuatkan ramai orang akan ke sini lagi. Kalau tanya aku, Pasti akan ke sini lagi. Insya Allah. 

Setiap pertemuan ada perpisahan. Perkenalan bermula di airport, dan berakhir di airport. Selama 6 hari bersama, riuh rendah, gelak tawa, makan bersuap, berdampingan di laut, duitmu duitku, pahit manis, suka duka dan dari zero to hero. Alhamdulillah semua berjalan seperti dirancang dan dijuahi sebarang kesulitan dan kesukaran. Perkenalan dengan Ajib, Safura, Tim, Anisah, Roha dan Azni. Ohh terlupa lak, Nini and husband. Semua ini membuatkan aku rindu. So... Next???




The SeaHorse Divers
Geng cik kiah kepoh
Teaching from DM
Water Bungalow Resort
Ketam. Tomyam, Mentega, Pedas.
Stim Udang kara a.k.a Lobster


More info about Mabul Island : click here.