29 January 2014

Tour de JAVA

Depan pintu masuk Taman Safari Indonesia
Dah lama tak berbackpack ni. Kaki dah gatal. Plan yg mudah dan dekat saja lah...
Ingat nak pergi Sabah dan Sarawak. Tetiba terfikir yg aku tak pernah sampai Pulau Jawa.
Hmmmm. Menarik gak ni.
Yes were fly off to Jakarta.
Perkara pertama yg kena buat adalah 'research n plan'. Kedua survey harga tiket.
Bila dah siap plan, itinerary pun dah ada, ada 2 org lg berminat nak join. Syafiq and Mariati. Klu kami bertiga aje lah.
Dan akhirnya ter book tiket ke Jakarta. Hahahaha ter book. Biasa guna AirAsia dan MAS, kali ni tukar selera pulak. Naik Tiger Airways. Tapi kalau route ke Indonesia ni guna code TR - Tiger Mandala Airways. Not bad flight nya.

Setelah beberapa kali rombakan, final itinerary pun siap. Secara ringkasnya, KL - Jakarta - Bandung - Yogyakarta - Bali - Singapore - Johor Bahru - KL Sentral. Pada asalnya aku nak pusing seluruh Jawa ni, Tapi depa ni nak pi Bali jugak. Kalau pi Bali, cost kena tambah skit. Aduhai. Nak buat cam mana ni? Terpaksa lah mengalah. Kalau tak, lepas Yogyakarta, Solo - Malang - Bromo - Surabaya. Lagi best. Tapi ok jugak, boleh round Singapore!!!

Art Street
 Perjalanan bermula dr LCCT ke Jakarta.  1st time jejak Jakarta xtau apa nak aspect.  Apa yg terlintas dlm kepala “macet” ataupun jem.  Lepas amik beg & settle imigresen, terus cari bas untuk ke Gambir.  Perkhidmatan bas dia ok. Yang best nya ada internet.  Apa lagi terus update status la memasing.  Sangkaan pertama pasal Jakarta jadi nyata bila perjalanan ke Gambir terpaksa menempuh kesesakan yang mmg sesakkan kepala.  Kalah KL..
Seronok menikmati perjalanan sebab xyah drive, bangunan mencakar langit x kurang di Jakarta.  Orang berlumba-lumba kat kiri kanan jalan untuk ke pusat Bandar.. sangat meriah tp cara pemanduan sangat menakutkan (utk aku yg dah lama driving).  Selisih rapat2 tp xde plak accident. 
Sampai di gambir terperasan Tugu Monas betul2 sebelah stesen gambir.  Masa tu dah siap plan monas boleh cover masa hari nak gerak ke bandung.   Xyah banyak pikit terus pegi tukar booking tiket keretapi pada tiket yang betul untuk ke bandung dgn jogja sekali.
Selesai semua urusan kat gambir, terus amik teksi untuk ke tune hotel.  Tercari2 jugak tune hotel ni sbb driver mcm x brapa nak tau.  Dekat dengan pasar Bharu rupanya.. ok la tuh.. lepas check in, rehatkan badan & explore pasar bharu malam tu. Mcm down town kita laa…
Makan malam di restoran yang kitaorg Nampak menarik masa explore pasar baharu tu.. mahal jugak harganya.. xpe la sbb hari pertama, malam plak tu… malas nak adventure sgt… lagi pun memasing kepenatan membawa bebanan beg yang maha berat.. hahhahah
Lepas makan explore kawasan sekitar pasar bharu.  Bertentangan dengan pasar bharu ada satu jalan yang penuh dengan deretan pondok menempatkan pelukis-pelukis jalanan.  Cantik potret2 yang dilukis.  Sayangnya malam… tutup la semua pondok2 tu… tp lukisan yang dipamer still boleh dilihat dengan jelas..

Balik hotel , rehat n bersedia untuk perjalanan mencabar esok hari… BOGOR SAFARI… dalam next entry yer.. 

Baboon


No comments:

Post a Comment